PEMBELIAN TIKET BAS EKSPRES:
Untuk tiket bas ekspres, sila klik link W.app dibawah:
https://kliksini.my/UUyXa
Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India. PENDAPAT Semua rakyat Malaysia tahu bila sebut Kajang teringatkan makanan lazat SATE. Setelah tinggal di kawasan Kajang, barulah saya tahu nikmat sate nya.Sedap. Selain itu terdapat juga pendapat negatif masyarakat,iaitu kebanjiran warga asing(indonesia dengan bangla).Maaf kata lah jika berkunjung ke pekan Kajang anda berasa diri anda berada di negara lain. Namun pun begitu blog ini tidak mahu mengupas isu tersebut cuma mahu berkongsi dengan saudara saudari tempat yang menarik di Bandar Kajang!!! MELANCONG KE KAJANG DENGAN MURAH
Bas Rapid KL(http://www.rapidkl.com.my/)
- KL PASAR SENI-KAJANG (LALUAN U40) RM2/SEHARI
- KL PASAR SENI-KAJANG(LALUAN E2) RM5/SEHARI ATAU RM3/SEHALA(EKSPRES MELALUI KL SEREMBAN HIGHWAY)
- BDR SG LONG-KAJANG(LALUAN T413) RM1/SEHARI
- BDR BARU BANGI-KAJANG(LALUAN T431)RM1/SEHARI
- UKM BANGI-KAJANG(LALUAN T430)RM1/SEHARI
- BERANANG-SEMENYIH-KAJANG(LALUAN T415)RM1/SEHARI.
- KL KOTA RAYA-KAJANG (MELALUI KL SEREMBAN HIGHWAY) RM3/SEHALA
- SEKITAR PENTADBIRAN MPKj (RM0.80/SEHALA)
BAS EKSPRES
Bagi mereka yang bukan dari Kuala Lumpur dan ingin ke Kajang, anda boleh menaiki bas terus ke Hentian Kajang. DiSini perkhidmatan bas ekspres dari seluruh semenanjung ada. Berikut Syarikat dan laluan bas ekspres
- TRANSNASIONAL(KAJANG-KOTA BHARU)
- SANI EKSPRES(K/BHARU,K/TERENGGANU
- EAGLE(UTARA DAN SELATAN)
- ADIK BERADIK(TERENGGANU)
- SP BUMI (TERENGGANU)
- KBES(UTARA SELATAN TIMUR)
- SUTERA(UTARA TIMUR)
- CEPAT EKSPRES(UTARA)
PENGANGKUTAN AWAM: BAS
LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN
1. Penduduk purata berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Bandar Kajang dan sekitarnya.
2. Terdapat beberapa syarikat yang beroperasi di dari Bandar Kajang ke kawasan sekitarnya. Berikut senarai syarikat yang beroperasi di Bandar Kajang pada masa sekarang:
SYARIKAT
NO LALUAN
DESTINASI
MELALUI
RAPID KL
T430
BANDAR KAJANG-UKM
JLN REKO-HENTIAN KAJANG-KTM KOMUTER UKM
T431
BANDAR KAJANG-BANDAR BARU BANGI
JLN REKO-HENTIAN KAJANG-KTM KOMUTER-SEKSYEN 2 3 4 DAN 5
T415
BANDAR KAJANG-
BERANANG
JLN SEMENYIH-TESCO SEMENYIH
T413
BANDAR KAJANG-
BANDAR SG LONG
JLN CHERAS KAJANG- R&R BUKIT DUKUNG
U40
HENTIAN KAJANG-
KL PASAR SENI
BANDAR KAJANG-JLN CHERAS KJG-PEKAN BT 11,10,9-MALURI-PUDURAYA
E2
(EKSPRES)
HENTIAN KAJANG-
KL PASAR SENI
BANDAR KAJANG-SG CHUA-KAJANG PLUS TOLL-LEBUHRAYA PLUS-KL SENTRAL
SRI INDAH
-
BANDAR KAJANG-
KL KOTARAYA
SG CHUA-KAJANG PLUS TOLL-LEBUHRAYA PLUS-KL PASAR SENI
BANDAR KAJANG-
PUTRAJAYA SENTRAL
SG CHUA-HOSPITAL SERDANG-KOMPLEKS KERAJAAN
PINGGIR
BANDAR
BUS LINE
(BAS MINI)
-
BANDAR KAJANG-
SEKITAR PENTADBIRAN
MPKJ
UKM-BDR BARU BANGI-SG CHUA-KAJANG UTAMA-KAJANG PRIMA-SEMENYIH-BERANANG
ROAD LINER
(BAS MINI)
-
BANDAR KAJANG-
SEKITAR PENTADBIRAN
MPKJ
SG CHUA-KAJANG UTAMA-KAJANG PRIMA-SEMENYIH-BERANANG
CITY LINER
818
BANDAR KAJANG-
SEREMBAN
PEKAN SEMENYIH-BRANANG-MANTIN
SYARIKAT
KEKERAPAN PERJALANAN
WAKTU OPERASI
RAPID KL
WAKTU PUNCAK: 15-20minit
WAKTU BUKAN PUNCAK:30-40minit
BAS EKSPRES: 60minit
TEMPATAN: 0530-0000
UTAMA:0530-0000
EKSPRES:0600-2000
SRI INDAH
WAKTU PUNCAK: 20minit
WAKTU BUKAN PUNCAK: 30minit
0600-2100
PINGGIR BANDAR BUS LINE
WAKTU PUNCAK: 10minit
WAKTU BUKAN PUNCAK: 20minit
0630-2200
ROAD LINER
WAKTU PUNCAK: 10minit
WAKTU BUKAN PUNCAK: 20minit
0630-2200
CITY LINER
WAKTU PUNCAK: 20minit
WAKTU BUKAN PUNCAK: 30minit
0530-2100
ISU PERKHIDMATAN BAS
1. Liputan laluan bas masih lagi belum menyeluruh. Terdapat laluan bas yang bertindih di antara satu syarikat dengan yang lain.
2. Keadaan bas yang uzur dan tidak selesa menyebabkan pemandangan kurang baik di Bandar selain isu alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara.
3. Laluan bas tidak dihebahkan pada pengguna. Kurang maklumat laluan untuk pengguna
4. Hentian bas yang jauh ke tempat/ kemudahan yang dituju.
5. Tiada laluan khas bas bagi mempercepatkan perjalanan sesebuah bas ke destinasi dituju.
6. Kekerapan bas yang tidak efisyen. Walaupun sesebuah syarikat telah menetapkan waktu kekerapan namun, daripada pemerhatian kumpulan kami, ianya tidak dipatuhi.
7. Perkhidmatan bas tidak mesra terhadap OKU.
POLISI DAN CADANGAN...
1. Mempertingkatkan liputan laluan perkhidmatan bas dan mestilah merangkumi kawasan-kawasan perumahan, industri, rekreasi, perdagangan dan lain-lain tumpuan orang ramai dan ianya harus disediakan mengikut fasa-fasa pembangunan kawasan-kawasan tersebut.
2. Menyediakan lorong khas untuk perkhidmatan bas bagi memastikan kelancaran bas terutama di jalan-jalan pengagih utama masuk ke pusat bandar. Lorong Bas Yang Khusus Di Jalan-jalan tertentu.
3. Menyediakan perkhidmatan bas awam yang dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi dan mempunyai kemudahan untuk golongan kurang upaya dan golongan tua. Pihak RAPID KL mempunyai bas khas untuk penumpang OKU namun bas tersebut tidak beroperasi di laluan Kajang. Semua syarikat perlu menyediakan sekurangnya sebuah dalam sepuluh bas mereka yang berteknologi mesra OKU.
4. Menyediakan dan menambah pondok-pondok perhentian bas (setiap 200 - 250meter) yang dilengkapi dengan kemudahan ‘lay-by’ di sepanjang laluan yang telahditentukan. Pondok-pondok bas perlu berbumbung dan disediakan dengan tempat duduk yang selesa, telefon awam dan tong sampah. Penyediaan pondok bas adalah digalakkan disediakan oleh syarikat swasta dan dilaksanakan melalui konsep ‘anak angkat’.
5. Cadangan ‘Pick-up Point’ Bagi Bas Henti-henti Kesemua perkhidmatan bas akan dipindahkan ke Kompleks Hentian . Sehubungan dengan itu, dan selaras dengan usaha menjadikan kawasan pusat bandar bebas dari kenderaan berat, ‘pick-up point’ akan diwujudkan di sekitar pusat bandar. Cadangan ‘Pick-up point’ ini akan berfungsi untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja dan bas-bas tidak dibenarkan diletakkan bagi menunggu penumpang. Pihak berkuasa seperti PDRM dan MPKj haruslah sentiasa memantau supaya bas-bas terbabit hanya mengambil dan menurunkan penumpang sahaja.
Terdapat lima lokasi di mana ‘pick-up point’ ini dicadangkan, iaitu : (RUJUK PLAN )
· Jalan Besar berhampiran persimpangan dengan Jalan Tukang.
· Jalan Kelab berhampiran Medan Sate/Stadium.
· Jalan Persekutuan 1 di hadapan bangunan Telekom.
· Sebelah timur Jalan Bukit berhampiran Jambatan Sg. Jelok.
· Sebelah barat Jalan Bukit iaitu di kawasan stesen bas sedia ada.
6. Perancangan laluan perkhidmatan bas perlu diintegrasikan dengan pendekatan ‘konsortium’ bagi mewujudkan kesinambungan dan rangkaian yang menyeluruh serta pengurusan operasi yang lebih cekap. Mencadangkan mewujudkan KONSORTIUM KAJANG LINER yang mengoperasikan perkhidmatan bas sekitar Kajang.
7. Penyedian bas perantaraan:
· Bas ini akan menjalankan operasi dari stesen LRT(cadangan) atau stesen Komuter ke taman-taman perumahan mahupun pusat perniagaan.
· Menyediakan bas-bas perantaraan yang mencukupi, cekap dan berkesan. Sela masa menunggu tidak lebih 15 minit.
· Mempamerkan laluan bas dan masa di semua perhentian bas.
· Radius perkhidmatan daripada stesen LRT/Komuter adalah 3KM.
8. Setiap bas diwajibkan memasang GPS(Global Positioning System) dan setiap perhentian bas akan memaparkan di LCD masa menunggu sesebuah bas. GPS ini juga boleh digunakan untuk mengesan sesebuah bas itu berada dan penumpang akan berasa lebih selamat.
· FUNGSI JARINGAN GPS
· PENGGUNAAN LCD DI PERHENTIAN BAS DAPAT MENGETAHUI MASA KETIBAAN
UNTUK KAJIAAN MENGENAI PELAN RANCANGAN KJANG DAN MEMBERI MAKLUMBALAS EMAIL PADA
-aimanjkas@gmail.com
maklumat berguna thanks!
ReplyDeleteOkey tq
ReplyDeleteAda tak info untuk LNH Bas Mini?
ReplyDelete